KUALA TERENGGANU – Seorang buruh binaan didakwa anggota kumpulan pengganas Daesh yang menjadi dalang utama rancangan menyerang rumah ibadat di negara ini dan membunuh empat individu berprofil tinggi pada awal Ramadan lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Mahadi Mamat, 34, yang didakwa mahu melakukan demikian dengan motif mahu membalas dendam atas kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang maut dalam rusuhan di kuil USJ 25,…










