Bursa saham ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa saham ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap ketegangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China, kata peniaga.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.62 mata kepada 1,603.74.

Indeks penanda aras dibuka 3.38 mata lebih tinggi kepada 1,608.74 dan bergerak antara 1,603.65 dan 1,614.23 di sepanjang hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang peniaga berkata, kedudukan pasaran secara umumnya mencerminkan kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat-China, yang dijangkakan berterusan susulan sekatan Amerika Syarikat ke atas Huawei Technologies Co. Ltd., minggu lepas.

“Saham berharga rendah dan kedudukan saham secara menyeluruh, suram dalam sebahagian besar urus niaga berikutan sentimen berhati-hati menyelubungi pasaran.

“Tiada perubahan unjuran untuk tempoh terdekat walaupun perang perdagangan yang semakin meningkat, selain minat pasaran yang lemah yang dijangkakan mengheret turun kebanyakan saham dalam tempoh jangka pendek,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini