Bursa Malaysia laksana SBL guna teknologi blockchain - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia laksana SBL guna teknologi blockchain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan Pembuktian Konsep (POC) bagi pinjaman dan pembiayaan sekuriti (SBL) yang menerokai peluang ditawarkan teknologi lejar digital terbuka atau blockchain untuk membangunkan ketelusan lebih tinggi dan menangani cabaran operasi lain berkaitan pasaran SBL di Malaysia ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, projek itu berobjektif untuk meningkatkan keefisienan, kecepatan dan kapasiti dalam pembekalan pinjaman sekuriti dan permintaan pinjaman (Kemudahan Pinjaman).

“Meliputi pasaran berbeza, kajian empirik menunjukkan jualan singkat membantu dalam menyediakan mudah tunai tambahan dan meningkatkan keefisienan harga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasaran SBL Malaysia yang berpotensi berkembang menjadikan ia calon utama di mana kuasa teknologi blockchain boleh memberikan impak. Usaha sama ini juga akan memanfaatkan industri lebih meluas menerusi pengetahuan baharu, pandangan dan pengalaman praktikal dalam pemupukan inovasi digital untuk menyokong dan memacu pertumbuhan pasaran modal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

POC – yang pertama sumpamanya di ASEAN – dibangunkan menerusi kerjasama dengan rakan teknologi Bursa, Forms Syntron Information (HK) Ltd (FORMS), anak syarikat milik penuh Shenzhen Forms Syntron Information Co., Ltd yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen. Ia akan melibatkan pelbagai peserta pasaran SBL.

Affin Hwang Investment Bank Bhd, CIMB Investment Bank Bhd, Citibank Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Malacca Securities Sdn Bhd bekerjasama dengan Bursa Malaysia dan FORMS untuk memacu pembangunan Kemudahan Pinjaman berasaskan blockchain untuk memenuhi keperluan spesifik, kos dan tekanan keefisienan industri.

Ini adalah projek POC pertama untuk menerokai dan menangani cabaran dihadapi SBL di Malaysia.

Ia turut membuka peluang untuk Bursa Malaysia melaksanakan penerokaan lebih mendalam teknologi blockchain untuk menangani cabaran operasi lain yang sering dihadapi SBL di Malaysia dan menemukan lebih banyak peluang untuk memacu kebolehfungsian menyeluruh seperti minat pasaran, mendapatkan perdagangan dan pengurusan cagaran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini