Bursa Malaysia dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini berikutan langkah institusi tempatan memberi sokongan menerusi minat belian membabitkan saham-saham berkaitan indeks.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.46 mata kepada 1,605.81 selepas dibuka naik 2.91 mata kepada 1,604.26.

Indeks penanda aras itu meningkat 3.03 mata kepada 1,601.35 sewaktu ditutup semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 134 berbanding 79 manakala 141 kaunter tidak berubah, 1,588 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 75.11 juta bernilai RM23.58 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata walaupun indeks saham utama mencatat keuntungan pada Isnin, persekitaran pasaran secara keseluruhannya kekal tidak menentu dengan penyertaan pasaran kian lemah akibat pertikaian perdagangan yang berlanjutan dan menyebabkan sentimen berhati-hati terus ketara.

“Kami melihat FBM KLCI masih mencatat perkembangan dalam masa terdekat ini susulan sokongan dan peningkatan sederhana yang boleh menyebabkan indeks utama itu mencecah paras rintangan 1,605,” kata firma itu menerusi nota penyelidikannya. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini