Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susulan penurunan di Wall Street dalam dagangan semalaman, melanjutkan jualan besar-besaran dalam pasaran saham global berikutan bimbang mengenai potensi impak daripada pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 4.83 mata kepada 1,597.04 selepas dibuka rendah 7.71 mata kepada 1,594.16.

Peniaga berkata sentimen dalam masa terdekat akan terus menerima kesan daripada hubungan perdagangan AS-China yang membimbangkan, berdasarkan sekatan perdagangan ke atas sektor berkaitan teknologi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhannya, kita terus menyaksikan indeks utama mencatat paras rendah dengan sentimen pasaran yang lemah dan jika paras sokongan 1,600 memberi laluan, FBM KLCI boleh mencapai paras 1,595 dan 1,590. Dalam pada itu, paras halangan, masing-masing kekal pada 1,610 dan 1,620,” katanya. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini