Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi pada paras rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi pada paras rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras lebih rendah, menjejaki prestasi pasaran Asia yang lain berikutan kurang sokongan belian dan kerugian dalam beberapa saham mewah terpilih diterajui Digi dan United Plantation.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.33 peratus atau 5.44 mata lebih rendah pada 1,636.85 daripada 1,642.29 semasa ditutup pada Selasa.

Selepas dibuka 0.17 mata lebih tinggi pada 1,642.46, indeks tempatan bergerak antara 1,635.57 dan 1,644.35 sepanjang dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alliance DBS Research dalam nota berkata, prestasi lemah tahun ke tahun FBM KLCI terus menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur susulan kurang pemangkin untuk meningkatkan keyakinan.

“Ini dijangka diburukkan lagi oleh musim keputusan suku bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2019 (1Q19) akan datang yang lemah, yang memang pasaran jangkakan.

“Sementara itu, kami jangka data KDNK 1Q19 yang akan dikeluarkan pada 16 Mei secara relatifnya adalah suram selepas berturutan mencatatkan data negatif bagi indeks harga pengguna, indeks harga pembelian dan indeks pengurus pembelian dalam beberapa bulan lepas,” katanya.

Kedudukan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 570 berbanding 191, 320 kaunter tidak berubah, 806 tidak diniagakan dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.49 bilion saham bernilai RM870.92 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini