KUCHING – Seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai bagi merealisasikan undian netizen yang mengundinya ‘mati’ dalam kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini kelmarin.
Mayat remaja berusia 16 tahun itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 8 malam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Remaja dari Kota Sentosa di sini itu dipercayai melakukan undian tersebut dalam Instagram miliknya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, melalui undian itu, sebanyak 69 peratus pengikutnya di Instagram menyokong hasratnya untuk mati melalui undian yang dimuat naik pada pukul 3 petang kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini











