Minggu hadapan warga kota akan pulang ke kampung masing-masing menyambut Aidilfitri. Hampir seminggu mungkin kita akan melihat Kuala Lumpur yang ‘tenang’ tanpa kesesakan di sana sini. Bagi penduduk di kota metropolitan ini, sebenarnya ramai mengimpikan untuk melihat jalan-jalan raya yang tidak berselirat dengan kenderaan, bunyi hon atau sesekali deruman lori dan motor merempit di tengah malam buta. Diakui keadaan itu sukar sekali. Berangan seolah-olah memandu dengan pemandangan sawah padi atau dihiasi Mount Cook, jangan mimpilah! Bangun dan hadapi realiti. Apatah lagi ketika ini banyak pembangunan sedang dibuat di segenap sudut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya