Budak lelaki kembali pulih selepas lemas hampir setengah jam - Utusan Malaysia

Budak lelaki kembali pulih selepas lemas hampir setengah jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pelajar lelaki kembali bernyawa biarpun dia lemas di sebatang sungai selama 25 minit baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Kacper Krauze, 13, turut mengalami serangan jantung ketika ditarik keluar dari dalam air. Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas tubuhnya dihangatkan kembali serta diberikan bantuan oksigen.

Perkhidmatan ambulans udara Britain bekerjasama dengan pihak bomba dan polis untuk menyelamatkan nyawa budak lelaki tersebut dalam insiden yang berlaku di Appleby, Cumbria itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia beransur pulih pada setiap hari. Ia satu keajaiban. Terima kasih kepada perkhidmatan ambulans udara. Anda menjalankan kerja dengan baik. Sangat profesional,” kata ibu mangsa, Wioletta.

Beberapa pakar berkata, antara faktor yang membantu menyelamatkan Kacper adalah penggunaan mesin oksigen dikenali sebagai Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Mesin ECMO dapat melakukan fungsi jantung dan paru-paru dengan membekalkan oksigen ke dalam darah dan memastikan darah mengalir dengan sempurna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini