Brazil raih tempat ketujuh Siri Akhir FIH - Utusan Malaysia

Brazil raih tempat ketujuh Siri Akhir FIH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Brazil menamatkan kempen Siri Akhir FIH 2019 di tempat ketujuh selepas berjaya menewaskan Belarus dengan keputusan 4-3 dalam aksi klasifikasi tujuh-lapan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut empat gol Brazil dijaringkan oleh Matheus Borges pada minit ke-26, Gabriel de Grandis pada minit ke-29, Fabio Assis pada minit ke-34 dan Lucas Paixao pada minit ke-52.

Sementara itu, Belarus sekadar mampu meraih tiga gol menerusi Aliaksandr Hancharou pada minit ke-21, Uladzislau Belavusau pada minit ke-26 dan Artur Kadran pada minit ke-35. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini