Bonus raya RM1,000 untuk kakitangan kerajaan negeri Melaka - Utusan Malaysia

Bonus raya RM1,000 untuk kakitangan kerajaan negeri Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 15 Mei – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 kepada kakitangan kerajaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pemberian bonus itu melibatkan sejumlah 5,300 kakitangan awam di Melaka yang akan dibayar pada 23 Mei ini.

Menurut beliau, bayaran bonus itu akan diterima bersama gaji bulanan kakitangan kerajaan pada tarikh tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus itu.

“Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selain meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka di Masjid Ar Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini