Bola keranjang kita hilang 5 tonggak emas - Utusan Malaysia

Bola keranjang kita hilang 5 tonggak emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Harapan Malaysia mempertahankan pingat emas bola keranjang wanita pada Sukan Sukan SEA Ke-30 di Filipina, November ini mungkin agak terjejas dengan pengumuman persaraan antarabangsa oleh lima tonggaknya.

Mereka ialah kapten, Nur Izzati Yaakob, Pang Hui Pin, Chong Yin Yin, Ooi Poh Yee dan Ng Shi Yin yang ada antaranya sudah menyarung jersi negara dalam empat Sukan SEA berturut-turut dan lebih 10 tahun menabur bakti.

Jurulatih negara, Yoong Sze Yuin berkata, ada antara lima tonggak senior itu yang menyatakan mereka sudah penat beraksi dan perlu berehat selain mahu memburu karier baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Izzati memberitahu saya, dia sudah menjalani dua pembedahan pada kedua-dua lututnya (ligamen krusiat anterior – ACL) dan perlu berehat daripada bola keranjang.

“Saya percaya dia kini ada karier baharu,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Namun kata Sze Yuin, skuad negara kini yang mempunyai 20 pemain sebelum akan disaring kepada 12 terbaik ke Filipina pada Ogos ini, masih diletakkan sasaran emas oleh MABA.

“Baru-baru ini kami menimba pendedahan di Perth dengan memenangi empat perlawanan dan kalah dua kali menentang pasukan liga negeri.

“Kami juga mendapat undangan beraksi dalam kejohanan di China, Ogos ini dan sesi latihan di Jepun selain menyertai kejohanan lima negara, menentang pasukan yang lebih tinggi rankingnya di Kuala Lumpur sebagai pemanas badan ke Sukan SEA,” katanya.

Timbalan Setiausaha Agung MABA, Sim Sin Heng pula memberitahu, skuad lelaki negara pula disasarkan sebutir pingat tanpa mengira warna setelah sekian lama mengalami kemarau pingat termasuk pada temasya Kuala Lumpur 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini