LOS ANGELES 3 Mei – Pelakon Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam Star Wars meninggal dunia pada usia 74 tahun, Selasa lalu. Beliau dikelilingi ahli keluarganya ketika beliau menghembus nafas terakhir di rumahnya di Texas Utara. Perkara itu diumumkan oleh salah seorang ahli keluarga di Twitter mendiang semalam. Pun begitu punca kematian tidak disebut dalam kenyataan itu. Mayhew bekerja sebagai atendan hospital di London sebelum ditawarkan berlakon dalam filem…










