KOTA BHARU 15 Mei – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan akan bercuti selama sebulan daripada tugasnya berkuatkuasa hari ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh usahawan batik menerusi satu surat yang bertarikh hari ini. Bibi Ramjani dalam surat itu berkata, cuti rehat itu diambil bagi menguruskan perkahwinan anaknya. “Sepanjang tempoh ketiadaan saya, tugas Presiden akan dipangku oleh Timbalan Datuk Seri Afandi Hamzah,” katanya. Bibi Ramjani memberitahu, tempoh cutinya itu akan berakhir pada 14 Jun depan. “Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya