Biar Tun M selesaikan tanggungjawab sebelum berundur - Utusan Malaysia

Biar Tun M selesaikan tanggungjawab sebelum berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang diminta supaya tidak mempertikaikan tempoh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Beliau berkata, Guan Eng sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan seolah-olah Mahathir tidak mahu berundur daripada menjawat jawatan berkenaan.

“Kita dapat lihat Dr. Mahathir masih mampu dan mempunyai wawasan tersendiri untuk membaik pulih semula negara, jadi tak usah pemimpin lain masuk campur mengeluarkan kenyataan seolah beliau tidak mahu berundur dari jawatannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dr. Mahathir pun sudah banyak kali bagi tahu sampai masa dia akan berundur dan saya percaya dia akan berundur apabila tiba masanya, tapi buat masa ini selagi dia mampu dan selagi rakyat mahu dia akan terus jadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 311 penerima di Majlis Penyampaian Zakat Biro Ekonomi Bersatu Kota Bharu Bersama Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) di sini hari ini.

Abdul Rashid mengulas mengenai kenyataan Guan Eng bahawa beliau bersedia untuk berundur dan bersara dari arena politik dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya Mahathir tidak menunaikan janji melepaskan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut melahirkan keyakinan Anwar mampu meneruskan legasi kepimpinan Mahathir selepas menerima jawatan itu kelak.

Abdul Rashid turut menasihatkan pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak dalam pakatan tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini