Biar FAS tentu nasib Farizal - Utusan Malaysia

Biar FAS tentu nasib Farizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan enggan mengulas lanjut mengenai insiden Farizal Harun melontarkan kata-kata kesat kepada penyokong Red Giants sejurus tamat aksi liga menentang Terengganu, Jumaat lalu.

Sathinathan berkata, bekas penjaga gol Felda United itu sudah pun memohon maaf dan dia menyerahkan kes tersebut kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Biar FAS sahaja yang membuat tindakan. Lagi pun dia (Farizal) sudah minta maaf jadi tiada apa lagi yang perlu dipanjangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, Red Giants kecundang 0-1 menerusi jaringan sendiri K.Sarkunan pada lewat saingan dan dia kemudian dilihat bergerak ke arah penonton sejurus tamat permainan.

Insiden tersebut kemudian menjadi tular di media sosial, sekali gus mendapat kecaman ramai dan Farizal, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Ejai segera mengemukakan permohonan maaf kepada semua penyokong pasukan itu.

Dalam pada itu, Sathianathan meminta penyokong agar tidak cepat terlalu menghukum pemain hanya disebabkan keputusan perlawanan semata-mata sebaliknya meminta mereka bersikap lebih tenang dan sabar.

“Apabila kalah, kutuk. Cakap taktik jurulatih sudah lapuk malah pertikaikan keputusan jurulatih,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×