PENYANYI Bella Astillah mengakui masih belum menemui jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangganya bersama pelakon Aliff Aziz selepas lelaki itu didapati curang buat kali kedua. Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia belum mempunyai jawapan pasti tentang perasaannya kerana fokusnya kini adalah untuk memberi perhatian terhadap anak selain karier seni. Terdahulu, pada penghujung Februari lalu dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan oleh Bella bahawa suaminya sekali lagi…










