Bekas pelibas negara meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas pelibas negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Arena sepak takraw negara kehilangan bekas perejam, Allahyarham Omar Husin yang kembali ke rahmatullah di Hospital Serdang, Selangor petang ini.

Allahyarham yang merupakan Pegawai Penjara di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Melaka malam ini.

Omar yang dilahirkan pada 24 Mei 1959 di Kampung Morten, Melaka pernah membantu skuad negara menjulang Piala Raja Thailand pada 1985.

Memuatkan artikel berkaitan…
OMAR HUSIN
OMAR HUSIN (tengah) melakukan libasan dalam pertandingan sepak takraw.

Selain itu, kariernya bersama pasukan kebangsaan dari  Sukan Merdeka 1985 hingga 1987 turut menghasilkan pingat emas Sukan Merdeka Brunei 1984 dan piala Kejohanan Asia 1984 di Jakarta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini