BEIJING 6 Mei – China mendakwa kapal perang Amerika Syarikat (AS) telah berlayar berhampiran pulau pertikaian di Laut China Selatan tanpa kebenaran hari ini.
Jurucakap Kementerian Luarnya, Geng Shuang berkata, China menzahirkan rasa sangat tidak puas hati dan membantah teguh pada operasi yang dibuat berhampiran dua terumbu di Kepulauan Spratly.
Tindakan itu dikatakan cabaran terbaharu AS kepada tuntutan wilayah Beijing di rantau itu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











