Beckham dilarang memandu enam bulan - Utusan Malaysia

Beckham dilarang memandu enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mei – Bekas kapten England, David Beckham dikenakan larangan memandu selama enam bulan selepas didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Bentley miliknya.

DAVID BECKHAM

Mirror melaporkan, Beckham sebelum ini menyatakan pengakuan bersalah melalui pos dan diberi enam mata atas lesennya di Mahkamah Majistret Bromley, yang mengakibatkan larangan memandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beckham dituduh bulan lalu selepas orang awam melihatnya menggunakan telefon sambil memandu Bentley.

Beckham, 43, mengaku menggunakan peranti semasa memandu di Great Portland Street pada 21 November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini