KOTA BHARU 29 Mei – Kerajaan Pas Kelantan akan mengubahsuai lima buah beca tradisional lagi dengan pemasangan kelengkapan motor elektrik dan menambah dua beca model baharu kepada penarik beca di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman berkata, peruntukkan bagi setiap beca yang diubahsuai dengan penambahan enjin bernilai RM5,000 setiap satu manakala dua lagi beca model baharu akan dibeli dengan…










