Bayi ditemukan dalam kotak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bayi ditemukan dalam kotak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 6 Mei – Seorang bayi perempuan yang ditemukan di dalam kotak di hadapan pagar sebuah rumah di Lukut semalam, meninggal dunia di Hospital Port Dickson malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, bayi pramatang itu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.05 malam.

“Perkara itu dimaklumkan pihak hospital yang hadir membuat laporan mengenainya. Tidak dinyatakan punca kematian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak polis telah menggerakkan operasi bagi mengesan ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, seorang bayi perempuan yang baru lahir dijumpai seorang suri rumah berusia 44 tahun semasa dia mahu membuang sampah di hadapan rumahnya di Lukut kira-kira pukul 10.15 pagi.

Bayi itu ditemukan masih bertali pusat dan dibalut dengan kain pelikat, malah uri bayi tersebut berada dalam kotak tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini