PORT DICKSON 6 Mei – Seorang bayi perempuan yang ditemukan di dalam kotak di hadapan pagar sebuah rumah di Lukut semalam, meninggal dunia di Hospital Port Dickson malam tadi. Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, bayi pramatang itu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.05 malam. “Perkara itu dimaklumkan pihak hospital yang hadir membuat laporan mengenainya. Tidak dinyatakan punca kematian. “Pihak polis telah menggerakkan operasi bagi mengesan ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Semalam, seorang bayi perempuan yang baru lahir dijumpai seorang suri rumah berusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya