KUALA LUMPUR 29 Mei – Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) dan Boost Malaysia (Boost) menjalin kerjasama strategik bagi membolehkan pelanggan membuat pembayaran premium insurans melalui e-dompet Boost selain mendapat pulangan tunai dalam bentuk Shake Rewards. Gibraltar BSN dan Boost dalam kenyataan berkata, kerjasama itu merupakan yang pertama seumpamanya antara syarikat insurans hayat dan penyedia perkhidmatan e-dompet mudah alih di Malaysia. Katanya, kerjasama lebih mendalam itu dimeterai susulan kedua-kedua syarikat…










