MELAKA – Permintaan tinggi dan kurangnya aduan daripada pelanggan menjadi punca barangan tiruan di negeri ini sukar dibendung oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pengarah KPDNHEP negeri, Jaiya Abu berkata, sepanjang Ramadan ini pihaknya hanya menerima dua aduan berhubung barangan tiruan, namun perniagaan itu dikesan berlaku di beberapa bazar di negeri ini. Katanya, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan secara terus sukar dilakukan ekoran perlu mendapatkan pengesahan daripada pemilik…