Bapa, anak saudara antara tiga dicekup AADK - Utusan Malaysia

Bapa, anak saudara antara tiga dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 26 Mei – Bapa dan anak saudara antara tiga yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Besut dalam Ops Cegah di sini hari ini.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, dua bersaudara yang masing-masing berusia 51 dan 17 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut manakala seorang lagi yang ditangkap berumur 41 tahun.

“Remaja yang difahamkan hanya bersekolah setakat tahun enam itu mengakui mengambil pil kuda sejak enam tahun lalu kerana terpengaruh dengan rakan semasa belajar di sekolah pondok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa saudaranya yang juga seorang duda terlibat dengan dadah selama 19 tahun dan mula menagih selepas mengalami tekanan perasaan ekoran berpisah dengan isteri,” katanya kepada pemberita.

Menurut Noor Hafizza, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini