Bantuan diberi tanpa mengira agama, bangsa - CEO Bank Muamalat - Utusan Malaysia

Bantuan diberi tanpa mengira agama, bangsa – CEO Bank Muamalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memberi sumbangan berupa barang-barang keperluan kepada rumah orang tua, Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, program di bawah tanggungjawab sosial pihaknya itu sudah lama dilaksanakan bagi memberi bantuan kepada rumah-rumah kebajikan termasuk rumah anak-anak yatim, surau, sekolah dan golongan yang memerlukan.

“Kami tidak membezakan atau melihat sama ada daripada segi agama atau bangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, itulah tempat yang kami akan pergi dan menyerahkan sumbangan,” katanya.

Mohd. Redza berkata demikian ketika kunjungan ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jelasnya, tidak bermakna di bulan Ramadan bantuan hanya kepada orang Islam sahaja sebaliknya menyantuni semua bangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini