Bank Rakyat benteng pertahanan kewangan Melayu, Islam - Utusan Malaysia

Bank Rakyat benteng pertahanan kewangan Melayu, Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Bank Rakyat disifatkan sebagai benteng pertahanan terakhir kewangan orang Melayu Islam yang mana mempunyai aset besar perlu dimanfaatkan.

KUALA LUMPUR 4 Mei 2019 – SIDANG AKHBAR MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ridzuan Md Yusoff, selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2019 Bank Rakyat, bertempat di Menara Bank Rakyat, di sini hari ini.Gambar : AMIN FARIJ HASANPemberita : HAWA (Am Utusan)

Menteri Pembangunan Usahawan , Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kelebihan bank tersebut perlu diguna pakai dengan sebaiknya supaya dapat membantu mengembangkan ekonomi orang Melayu Islam yang mana rata-rata pemegang taruh Bank Rakyat adalah dalam golongan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita tidak gunakan institusi perbankan ini sebaik-baiknya untuk pembangunan orang Melayu, kita akan terlepas peluang untuk memanfaatkan dana yang sangat besar, contohnya untuk dana koperasi Bank Rakyat sahaja adalah sebanyak RM107 bilion.

“Kita sangat ‘berkuasa’ dari segi apa yang kita ada. Jadi kalau kita tak gunakan apa yang ada ini, kita tidak akan ke mana-mana,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2019 di sini hari ini.

Tambah Mohd. Redzuan, Bank Rakyat juga harus dijadikan sebagai bank untuk umat Islam terbesar di Malaysia.

“Langkah seterusnya adalah untuk Bank Rakyat pergi ke peringkat antarabangsa. Setidak-tidak ya di Indonesia yang mana penduduknya ramai orang Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini