Bank Pusat Australia malu silap ejaan pada wang kertas - Utusan Malaysia

Bank Pusat Australia malu silap ejaan pada wang kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Bos-bos perbankan di Australia mengaku melakukan kesilapan memalukan semalam melibatkan kesalahan ejaan pada wang kertas denominasi A$50.

Wang kertas berwarna ku­ning dan hijau itu berada dalam edaran pada Oktober tahun lalu. Ia dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuk cetakan halus ucapan ahli Parlimen wanita pertama Australia, Edith Cowan.

Bagaimanapun, teknologi canggih itu gagal mengesan kesilapan ejaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia mengambil masa tujuh bulan untuk orang ramai menyedari bahawa perkataan responsibility atau tanggungjawab dalam ucapan pertama Cowan pada tahun 1921 itu dieja sebagai responsibilty.

Bagaimanapun, kerajaan tidak merancang untuk menarik balik wang kertas itu dari edaran.

“Bank Pusat Australia menyedari kesilapan ini dan akan membetulkan ejaan pada cetakan seterusnya,” kata seorang jurucakap bank berkenaan.

Edith Cowan memainkan pe­ranan penting dalam memena­ngi kerusi Parlimen untuk wanita di Australia Barat dan menjadi ahli Parlimen pada usia 60 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini