KOTA BHARU 1 Mei – Ahli perniagaan muda yang menawar diri menggantikan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedia membelanjakan RM7 hingga RM8 juta bagi melangsaikan hutang-puitang badan induk itu bagi tahun 2019. Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz, 31, berkata, hasrat tersebut hanya mampu direalisasikan jika usahawan batik itu melepaskan jawatan dengan segera. Menurutnya, jumlah itu akan bertambah sekitar RM15 hingga RM20 juta bagi…










