BEIRUT 11 Mei – Badan bantuan berkait Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menangguh aktiviti di bahagian pergolakan barat laut Syria dengan pengeboman meningkat oleh rejim Presiden Bashar al-Assad dan Rusia menjejaskan keselamatan pekerja kemanusiaan.
Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, setakat 8 Mei lalu, sekurang-kurangnya 16 rakan kemanusiaan menangguhkan operasi di kawasan terkesan dengan konflik berkenaan.
Program Makanan Dunia memberitahu, mereka telah menangguhkan ‘penghantaran kepada sekitar 47,000 orang di bandar dan kampung… terlibat dalam pengeboman. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











