SANDAKAN – Sebanyak 30 masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Parlimen Sandakan hari ini menerima sumbangan berjumlah RM120,000 daripada kerajaan pusat bagi membantu kos operasi masing-masing. Masjid dan surau menerima RM60,000, RM30,000 kepada Sandakan Inter Church, RM26,000 kepada 22 tokong dan dua kuil manakala RM4,000 untuk tiga buah gereja. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Sumbangan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited…










