Ayam, daging, kelapa cukup - Utusan Malaysia

Ayam, daging, kelapa cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi tumpuan kepada tiga bahan utama bagi menampung permintaan yang tinggi sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi­nya, Ishak Ismail berkata, pihak­nya akan memastikan bekalan daging lembu, ayam dan kelapa berada dalam kuantiti mencukupi.

“Kita telah buat satu maklum balas tentang keperluan permintaan kepada ketiga-tiga bahan itu untuk diberi perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bekalan (daging lembu, ayam, kelapa) mencukupi untuk umat Islam menyambut Ramadan dan persediaan untuk Hari Raya nanti,” katanya kepada pembe­rita semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ma­jlis Perasmian­ MyBest Buy Pra Ramadan @ Butterworth Art Walk, Butterworth di sini yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Pada majlis itu, Marzuki turut menyampaikan bantuan kepada kira-kira 200 asnaf dari kawasan sekitar sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Ishak memberitahu, FAMA menyasarkan untuk membuka sebanyak 40 pasar MyBest Buy (MBB) yang melibatkan hasil RM16 juta tahun ini.

“Sejak 2018 hingga Mac tahun ini, program MBB telah mengumpul nilai jualan RM20.3 juta dan beroperasi di 182 lokasi melibatkan 2,746 orang usahawan.

“Bagi negeri Pulau Pinang pula, nilai jualan bagi tempoh sama ialah RM1.2 juta melibatkan 724 usahawan di empat lokasi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini