Awas, Geng Plastik Hitam. Anda diperhatikan! - Utusan Malaysia

Awas, Geng Plastik Hitam. Anda diperhatikan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei- Polis Diraja Malaysia mengingatkan masyarakat beragama Islam bahawa perbuatan tidak berpuasa yang sengaja dilakukan secara terbuka atau di tempat awam merupakan satu kesalahan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

PDRM menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Katanya, bagaimanapun, setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti wujud segelintir masyarakat yang culas berpuasa serta tanpa rasa takut dan segan silu makan di kawasan terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ini dikenali sebagai ‘Geng Plastik Hitam’ yang akan mendapatkan minuman dan makanan di beberapa restoran dan kedai makan seawal pukul 12 tengah hari.

“Mereka akan menjinjing beg plastik berwarna hitam keluar dari premis terbabit bagi mengelak dikesan dari pihak berwajib,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi membanteras perilaku itu, pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam di seluruh negara akan memantau serta menjalankan operasi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi panas golongan tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini