Atlet mengandung dakwa dianiaya penaja - Utusan Malaysia

Atlet mengandung dakwa dianiaya penaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 26 Mei – Pengeluar barangan sukan, Nike yang menerima kritikan kerana memotong sebahagian daripada jumlah penajaan jika atlet wanita mengandung akhirnya mengubah semula polisi tersebut.

“Kami percaya Nike Inc. boleh melakukan lebih baik dalam usaha menyokong atlet wanita dalam industri sukan secara kolektif,” kata jurucakap Nike, Sandra Carreon-John susulan daripada kecaman yang diterima.

Sebelum ini akhbar Times melaporkan, Nike merancang untuk memotong bayaran insentif prestasi selama 12 bulan ke atas atlet wanita yang bercadang untuk mempunyai anak seperti mana yang berlaku ke atas jaguh Olimpik Amerika Syarikat, Allyson Felix.

Felix yang tidak berpuas hati kemudiannya mendedahkan rancangan itu dalam tulisannya di New York Times dengan berkata, dia telah ditawarkan potongan daripada jumlah kontrak penajaan oleh Nike sejak berehat pada 2018 kerana mengandung.

Atlet berusia 33 tahun itu berbuat demikian selepas terdapat dua lagi rakan dalam skuad olahraga AS iaitu Alysia Montano dan Kara Goucher turut membuat dakwaan yang sama ketika menjadi sebahagian daripada siasatan Times.

“Penaja beritahu apa yang kami cakap itu adalah benar tetapi bimbang untuk memberitahunya kepada umum. Jika kami mempunyai anak, kami akan berdepan risiko potongan penajaan ketika mengandung dan selepas itu,” tulis Felix selepas melahirkan anak pada Disember lalu.

Nike kemudiannya mengubah polisi tersebut apabila Felix mahukan jaminan dia tidak akan dikenakan penalti jika tidak mencapai prestasi terbaiknya selepas bersalin.

“Jika saya yang merupakan salah seorang atlet utama tajaan Nike tidak dapat perlindungan ini, siapa lagi,” tulis Felix lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×