LONDON 21 Mei – Pakistan telah memanggil Asif Ali, Mohammad Amir dan Wahab Riaz untuk senarai akhir 15 pemain bagi skuad Piala Dunia Kriket.
Trio berkenaan dipanggil bagi menggantikan Abid Ali, Faheem Ashraf dan Junaid Khan selepas Paksitan tewas kepada England dalam aksi baru-baru ini.
“Perubahan yang dilakukan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada ketika kami menentang England.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami juga sedar saingan pasti lebih sengit dalam kempen Piala Dunia nanti,” kata pengerusi pemilihan Pakistan, Inzamam-ul-Haq.
Pakistan akan beraksi dalam dua perlawanan pemanas badan menentang Afghanistan pada Jumaat ini dan Bangladesh pada 26 Mei sebelum memulakan kempen Piala Dunia pada 31 Mei ini. – AGENSI











