Isnin lalu, FGV Holdings Berhad (FGV) meneroka segmen perniagaan baharu bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kumpulan. FGV yang sinonim dengan tanaman kelapa sawit dan kini akan dikenali pula sebagai pengeksport durian termasuk Musang King yang menjadi bualan penggemar raja buah itu di seluruh dunia. FGV telah mengenal pasti 1,398 hektar tanah yang bersesuaian untuk penanaman durian secara komersial dalam skala yang besar. Pada Ogos 2018, Kementerian Pertanian dan Asas Tani menandatangani…










