Anwar saran karya seni Zunar dipamerkan di setiap balai seni negeri - Utusan Malaysia

Anwar saran karya seni Zunar dipamerkan di setiap balai seni negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 5 Mei – Balai seni lukis di setiap negeri disarankan agar mempamerkan karya seni kartunis Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque seperti mana yang dilakukan oleh Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Zunar merupakan seorang pelukis yang mempunyai kepekaan politik mendalam terhadap isu-isu berkaitan dengan rakyat.

“Pemilihan kata, pemahaman rasa dan denyut nadi rakyat digabungkan dalam satu hasil karya seni oleh Zunar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini sebab mengapa karya Zunar popular, dan saya berharap agar karya Zunar dapat dipamerkan di negeri lain,” katanya ketika berucap merasmikan pameran solo Zunar di BSLNPP di sini hari ini.

Anwar saran karya Zunar dipamerkan di setiap balai seni negeri
ANWAR IBRAHIM ketika berucap merasmikan pameran solo Zunar di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP).

Pameran bertajuk Art of Freedom itu menampilkan sebanyak 200 buah karya asli Zunar yang merupakan dokumentasi senario politik negara dalam bentuk humor.

Pameran itu merupakan pameran solo Zunar yang pertama diadakan di galeri seni visual di Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pameran karya Zunar mengingatkan beliau kepada penderitaan yang pernah dilaluinya sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini