Anwar berdukacita kemangkatan Sultan Ahmad Shah - Utusan Malaysia

Anwar berdukacita kemangkatan Sultan Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

ANWAR IBRAHIM

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seluruh kerabat baginda dan rakyat negeri Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya serta seluruh saf kepemimpinan dan anggota PKR berdoa agar Allah S.W.T mengurniakan keampunan dan melimpahkan rahmat buat almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

“Semoga roh almarhum Paduka Ayahanda Sultan ditempatkan bersama golongan yang soleh dan bertaqwa. Al-Fatihah,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima, mangkat di IJN pada 8.50 pagi tadi.

Baginda yang juga ayahanda kepada Al-Sultan Abdullah menyerahkan takhta kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini