Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Mei – Jenazah bekas pemain bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

ANUAR ABU BAKAR

Anuar,48, yang disahkan menghidap kanser hati menghembuskan nafas di Hospital Shah Alam meninggalkan seorang isteri, Siti Mariam Sathawee,46, dan lima anak berusia lingkungan 25 hingga sembilan tahun.

Terdahulu, jenazah Anuar disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 9.30 pagi diimamkan Imam Besar Masjid negeri, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya dan dihadiri kira-kira 500 kenalan dan ahli keluarga serta bekas rakan sepasukannya, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.

Memuatkan artikel berkaitan…
Anuar Abu Bakar selamat dikebumikan
RAJA Muda Selangor merangkap Presiden Bola Sepak Selangor berkenan menunaikan solat jenazah Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48 yang meninggal dunia akibat kanser hati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Solat Jenazah di imamkan , Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz  Muhammad Farhan Wijaya sebelum di kebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini. – UTUSAN ONLINE/Mohd. Shaharani Saibi

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berkenan menziarah dan menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Untuk rekod, Allahyarham yang beraksi di posisi tengah dan penyerang pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997.

Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat Allahyarham yang berasal dari Johor ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini