Anuar Abu Bakar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anuar Abu Bakar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA) kira-kira pukul 9 malam tadi.

Perkara itu disahkan laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

“Untuk makluman, legenda Selangor iaitu Anuar Abu Bakar baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arwah yang menghidap kanser hati telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

FA Selangor mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya,” kata laman tersebut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9.30 pagi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Terdahulu, MBSA berjaya mengumpul sejumlah RM33,624 bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi Tabung Lagenda Anuar Abu Bakar sejak ia dilancarkan 27 Mac lalu.

Sumbangan itu diserahkan kepada anak Anuar iaitu Amriq Shah dalam perlawanan bola sepak Liga Super di antara Selangor dan Melaka United di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Untuk rekod, Allahyarham yang beraksi di posisi tengah dan penyerang pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997.

Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat Allahyarham yang berasal dari Johor ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini