Antonelli menjuarai Moto 3 di Jerez - Utusan Malaysia

Antonelli menjuarai Moto 3 di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ DE LA FRONTERA 5 Mei – Honda melengkapkan kedudukan satu, dua menerusi pelumba Itali, Niccolo Antonelli dan Tatsuki Suzuki dari Jepun dalam kejohanan motosikal dunia bagi kelas Moto3 pada Grand Prix Motosikal Sepanyol di Litar Jerez, hari ini,

Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba KTM, Celestino Vietti dan keempat dimenangi oleh Aron Canet dari Sepanyol, yang sudah memadai untuk dia mengungguli kedudukan keseluruhan dalam senarai pelumba Moto3.

“Saya berasa hebat sekali. Sewaktu di pertengahan perlumbaan, saya terperangkap dalam kelompok pelumba yang ramai dan pada satu ketika saya bergesel dengan mereka,” kata Antonelli selepas perlumbaan berakhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antonelli telah beraksi dalam Moto3 sejak 2012 dan kemenangan tersebut adalah yang keempat buatnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini