SUMBANGAN. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) menyumbangkan sebanyak lima unit komputer kepada koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelana Jaya baru-baru ini. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bertujuan memperkasakan kemahiran pelajar menjadi usahawan cilik menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. “Sumbangan ini dapat meningkatkan mutu dan prestasi kerja para pelajar serta guru dalam menguruskan koperasi terutamanya memudahkan urusan mereka daripada segi…










