Angka kematian Christchurch meningkat kepada 51 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian Christchurch meningkat kepada 51 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 3 Mei – Angka kematian serangan dua masjid di Christchurch dua bulan lalu kini meningkat kepada 51 orang selepas seorang lelaki Turki meninggal dunia, semalam.

AFP yang memetik Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai berkata, lelaki berusia 46 tahun itu meninggal dunia semalam selepas bertarung nyawa hampir dua bulan di unit rawatan rapi.

“Sesungguhnya ini adalah satu berita yang amat menyedihkan kepada rakyat Turki dan New Zealand,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arden juga berkata, sembilan lagi mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital dilaporkan dalam keadaan stabil dan beliau berharap kesemua mereka pulih secepat mungkin.

Ahli keluarga mangsa memohon agar nama lelaki itu dirahsiakan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini