Anggota Rela kritikal motosikal langgar babi hutan - Utusan Malaysia

Anggota Rela kritikal motosikal langgar babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka di sini selepas motosikal ditunggangi melanggar babi hutan di Kilometer 16 Kampung Serkam di sini minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Adnan Abdullah, 52, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkuk.

Ketua Perhubungan Rela Dewan Undangan Negeri Serkam, Mohd. Nasir Hashim berkata, anggotanya itu kini berada dalam keadaan separuh sedar di unit rawatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian berlaku pada 17 Mei lalu ketika Adnan menunggang motosikal untuk ke tempat bertugas di pejabat Kemas dari rumahnya di Kampung Ayer Tawar.

“Sewaktu dalam perjalanan, dia bagaimanapun telah melanggar seekor babi hutan dan mengalami cedera parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hasan Baktee turut menjalankan operasi memburu haiwan liar berkenaan kelmarin.

Menurut Norhizam, operasi bermula pukul 9.45 malam itu, bertumpu di beberapa lokasi termasuk Sungai Rambai, Merlimau, Masjid Tanah dan Pengkalan Batu.

“Operasi memburu babi liar ini dibuat susulan kejadian seorang anggota Rela mengalami kecederaan parah kerana melanggar babi hutan di Serkam.

“Usaha ini akan dibuat secara berterusan bagi mengurangkan populasi haiwan liar berkenaan dan saya berharap orang ramai terutama pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutama di waktu malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini