Anggota polis wanita mengandung antara pengundi awal - Utusan Malaysia

Anggota polis wanita mengandung antara pengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 7 Mei – Seorang anggota polis wanita sarat mengandung tujuh bulan antara pengundi awal yang menunaikan tanggungjawabnya di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sini hari ini.

Koperal Suraya Ani Liman, 40, yang bakal menimang cahaya mata keenam itu berkata, ini merupakan pengalaman pertama beliau mengundi ketika sedang mengandung sejak bertugas di sini 14 tahun lepas.

Sementara itu, seorang anggota polis teruja kerana pertama kali menjadi pengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai orang Sandakan, kami mengharapkan hanya yang terbaik untuk pembangunan di Sandakan,” kata Erry Elyeysius Pius, 35, yang bertugas di IPD itu sejak tujuh tahun lalu.

Seramai 78 anggota polis di IPD Sandakan yang berdaftar layak mengundi awal dalam PRK ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini