Anggota polis ditahan ugut ibu dengan pisau, tukul besi - Utusan Malaysia

Anggota polis ditahan ugut ibu dengan pisau, tukul besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 27 Mei – Tindakan seorang anggota polis mengugut ibu kandungnya dengan sebilah pisau dan tukul besi membawa padah apabila dia akhirnya ditahan pihak berkuasa yang membayar gajinya sendiri.

PISAU dan tukul besi yang dirampas daripada seorang anggota polis selepas mengugut ibu kandungnya
PISAU dan tukul besi yang dirampas daripada seorang anggota polis selepas mengugut ibu kandungnya sebelum ditahan di kediamannya di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor 2.30 pagi Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 29 tahun dan berpangkat Lans Koperal itu ditahan di kediamannya di Felda Semenchu pada pukul 2.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut beliau, suspek yang bertugas di Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan itu ditahan selepas laporan polis dibuat abangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan laporan dibuat, suspek yang sedang bercuti telah mengugut ibunya dengan menggunakan sebilah pisau dan tukul besi.

“Tindakan suspek itu dipercayai untuk mendapatkan wang daripada ibunya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Ahsmon, siasatan turut menunjukkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen Sekyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini