PATTANI 3 Mei – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan bersenjata dalam satu insiden berbalas tembakan di Nong Chik, Pattani, selatan Thailand. Jurucakap Tentera Bahagian ke-4, Kolonel Thanavi Suwannarat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, lelaki berusia 37 tahun dari Kampung Long Khuan, Sebayoi, Wilayah Songkhla ditembak mati di sebuah ladang getah di Kampung Bakong. Insiden tembak menembak berlaku selama kira-kira 10 minit. Walaupun diminta menyerah diri, namun lelaki itu enggan dan bertindak cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. “Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya