Aneka hidangan stimbot, barbeku - Utusan Malaysia

Aneka hidangan stimbot, barbeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahu mencari kelainan dalam menikmati bufet buka puasa? Apa kata anda cuba hidangan stimbot di Pak John Steamboat & Bbq yang menawarkan aneka hidangan lazat.

Pak John Steamboat & Bbq yang terdapat di pusat beli-belah IOI City, Putrajaya dan eCurve, Damansara, Selangor menyediakan kira-kira 160 menu termasuk aneka makanan laut segar, daging dan ayam yang diperap untuk dibakar secara barbeku sambil menikmati stimbot.

Hidangan lain seperti pulut kuning, pelbagai jenis lauk, mi dan nasi goreng, kuih-muih, wafel, air batu campur, aiskrim dan dim sum juga pasti menambat selera anda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengurus Cawangan Pak John Steamboat & Bbq IOI City, Zuera Ibrahim, restoran itu menawarkan enam jenis sup stimbot iaitu tomyam, udang, miso, kari, ayam dan sup ikan Korea.

“Kami ingin memberi pilihan kepada pelanggan untuk menikmati stimbot dengan aneka sup mengikut cita rasa masing-masing.

“Di samping itu, restoran ini juga menyediakan 14 jenis sos pencecah seperti sos Thai hijau, cili pedas, bawang putih dan bijan,” katanya ketika ditemui K2 di Pak John Steamboat & Bbq IOI City baru-baru ini.

Menariknya untuk promosi istimewa Ramadan kali ini, Zuera memberitahu, restoran itu turut menyediakan menu tambahan seperti burung puyuh goreng dan popia basah istimewa.

Harga bufet Ramadan untuk dewasa RM45.90 dan RM25.25 untuk kanak-kanak.

Restoran itu juga terkenal dengan hirisan daging lembu premium, itik salai dan abalone.

Bagi pusat beli-belah IOI City Putrajaya, restoran tersebut boleh memuatkan seramai 160 orang pada satu-satu masa.

Bufet Ramadan ini boleh didapati di semua cawangan Pak John Steamboat & Bbq sehingga 4 Jun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini