Aneh. Itu perkataan pertama keluar daripada mulut penulis, Lokman Hakim ketika ditanya tentang perasaannya selepas cerpennya, Pengap disenarai pendek sebagai salah satu daripada 21 cerpen dari seluruh negara Komanwel yang terpilih untuk Hadiah Cerpen Komanwel 2019. Rasa aneh itu katanya disebabkan dia sendiri tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan dalam negara walaupun aktif menghantar cerpen kepada media massa sekitar 2016. “Malah saya agak terkejut ketika menerima e-mel daripada pihak penganjur yang memaklumkan jumlah penyertaan yang mereka terima ialah sebanyak 5,081 penyertaan. Maka boleh terpilih itu agak luar biasa dan agak aneh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya